Friday, 28 April 2017

Peraturan Ringkas permainan Ragbi

1. Peraturan permainan ini sebagaimana yang ditentukan oleh Federation of International Touch (F.I.T) dan akan digunakan, kecuali terdapat perubahan.

2.Padang permainan ragbi sentuh dikurangkan daripada saiz standard antarabangsa.

3. Pasukan menyerang harus bermula dengan sekali “tab” dari tengah padang.

4. Pasukan bertahan harus kembali 10 meter untuk memulakan permainan, dan setelahgol masing-masing.

5.Setelah mana-mana pasukan melakukan skor, permainan bermula lagi dengan “tab”di tengah-tengah padang.

 6. Orang yang mengambil peranan sebagai “dummy half” boleh melebihi garisanskor(try-line), tetapi tidak boleh membuat skor.

7. Jika “dummy half” disentuh ketika memegang bola, pasukan dummy half akan hilanggiliran. Permainan akan dimulakan semula dengan “Rollball” .

8. Setelah disentuh, pemain yang disentuh perlu menggulingkan bola di antara 2 kakinya.

9. Pasukan penyerang boleh bermain sehingga mereka disentuh sebanyak 6 sentuhan. Pemain wajib berhenti serta merta selepas disentuh. 3 langkah atau. 3 saat adalah peraturan untuk ragbi rimau dan bukanlah untuk ragbi sentuh.

10. Setelah disentuh sebanyak 6 kali, bola perlu diserahkan kepada pihaklawan. Permainan akan dimulakan semula dengan “Rollball”.

11. Setelah menyentuh pemain menyerang yang memegang bola, semua ahli pasukanbertahan harus mundur 10 meter dengan kadar yang segera.

12. Bola ke tanah(Ball to ground): Ketika bola jatuh di tanah, bola akan bertukar tangankepada pihak lawan.

13. Hilang giliran(turn over): Berlaku apabila pasukan menyerang hilang giliran dengansebarang sebab. Maka, bola perlu diberi kepada pasukan bertahan.

14. Tidak ada kawalan(No control): Ketika bola dilemparkan(forward pass), dijatuhkan(dropped), mengetuk/jatuh(knock on), dalam sentuhan(in a touch). "Rollball" kepada pasukan yang bertahan.



Prinsip umum permainan Ragbi

1. Maju:

Ketika Menyerang:
Objektif permainan ini adalah untuk melakukan skor lebih daripada pasukanbertahan. Untuk mencapai matlamat ini, pemain perlu membawa bola menghampirigarisan skor pasukan bertahan. Ketika ini, taktikal yang dicipta oleh pasukanmenyerang akan menambah lagi peluang untuk bergerak ke hadapan dan seterusnyamenghampiri garisan skor pihak bertahan.

Dalam pertahanan:
Ketika bertahan, pemain bertahan perlu berusaha untuk memintas masa dan ruangpihak lawan dengan bergerak ke hadapan untuk mengelakkan pasukan menyerang darimenghampiri dan menguasai kawasan skor.

2. Menyokong(Support) pembawa bola pada setiap masa:

Sokongan yang rapat daripada pembawa membolehkan pihak menyerang mempunyaipilihan yang banyak untuk menyerang dan mengekalkan kedudukan. Sokongan yangrapat juga bermaksud kawasan tanah sendiri tidak harus hilang ketika membuathantaran bola ke belakang untuk rakan sepasukan. Ingat, hantaran langsung ke sisidibenarkan dan merupakan hantaran paling berkesan.

3. Penukaran pemain sebanyak mungkin:

Seorang pemain baru di padang dapat memberi kesan kepada pasukan sama adamenang atau kalah. Lihat dan lakukan pertukaran pemain ketika pasukan andamenyerang dan ketika berada di kawasan pertukaran pemain. Apabila anda telah membuat skor(touchdown), idea yang baik adalah dengan menukarkan pemain baru di padang untuk menjaga potensi pasukan.




Peralatan dan Pakaian Ragbi

1. Tiang Bendera


Terdapat 14 batang tiang bendera dengan bendera sama warna (warna terang) dengan setiap tiang ketinggian minimum 1m dari aras tanah. Bendera mestilah diletakkan di atas garisan pada 4 penjuru kawasan 'in goal'. Kelapan-lapan bendera ini ialah di luar kawasan in goal dan tidak termasuk dalam kawasan permainan. Tiang bendera lain mestilah diletakkan selari dengan garis 22m dan garis tengah (halfway) di bahagian luar dalam jarak 1.5 meter dari tepi garisan.

2. Tiang Gol


Tiang gol berukuran 5.6 m lebar dalam tiang dan 3 m tinggi atas palang. Tinggi maksimum 3.4 meter dari atas tanah

3. Bola


Bola mestilah berbentuk bujur dan terdiri dari 4 panel yang dibuat dari kulit atau bahan sintetik yang sesuai. Bola ragbi  saiz 3 akan digunakan untuk permainan ini yang beratnya lebih kurang 350-370 gram. Tekanan angin bola mestilah di antara (65.71 – 68.75) kilopascals, atau 0.67 – 0.70 kilograms per square centimeter atau 9.5 – 10.0 pounds per square inch.

4. Jersi


Pasukan mestilah memakai jersi yang sama warna dan mempunyai nombor yang jelas tertera di belakang jersi. Pemain boleh memakai jersi jenis 'ugly' dengan syarat pasukan lawan memakai jersi yang berwarna sama. Jersi jenis sleeveless dibenarkan pakai tetapi bukan jenis singlet. Seluar panjang jenis casual pants dan track bottom adalah dilarang. Pemain boleh memakai tigh.

5. Pakaian Tambahan

Pemain digalakkan memakai alat bantuan (supports/ guards) yang kenyal dan lembut terdiri dari bahan yang bersih dan boleh dibasuh. Pemain digalakkan memakai Mitts (fingerless glove) yang ada spesifikasi IRB. Pemain digalakkan memakai body amour  yang ada spesifikasi IRB. Pemain digalakkan memakai mouth guard. Pemain digalakkan memakai bandage atau dressing untuk menutup kecederaan dengan syarat bahan itu mesti bersih. Pemain digalakkan memakai strapping atau bahan yang hampir sama untuk bantu atau mengelakkan kecederaan. Pemain digalakkan mamakai head gear untuk membantu mengelakkan kecederaan.

6. Boot


Studs pada boots pemain mestilah yang tidak mendatangkan kecederaan pada pemain lain. Jika boots jenis studs boleh dibuka semua studs hendaklah dikunci dengan ketat dan bilangan yang lengkap. Studs jenis blade tidak digalakkan untuk dipakai.

7. Pakaian Yang Dilarang.

Pemain dilarang memakai pakaian yang dicemari darah atau sebarang kekotoran yang menyebabkan jangkitan. Pemain tidak dibenarkan memakai alatan yang tajam dan merbahaya. Perhiasan seperti subang, rantai, cincin dan gelang tidak dibenarkan. Kuku pada jari tangan perlu pendek dan tidak tajam.

Tuesday, 25 April 2017

Kemahiran Permainan Ragbi

i. Ruck

Dibentuk apabila bola berada di atas tanah dan seorang atau lebih pemain daripada dua pasukan berdiri dan mempunyai sentuhan badan mengelilingi bola antara mereka. Pemain yang terlibat dalam ruck tidak dibenarkan:

1. Mengambil bola dari ruck
2. Kembalikan bola ke dalam ruck




ii. Maul

Berlaku apabila seorang pembawa bola dipegang oleh seorang atau lebih pemain pasukan lawan dan seorang atau lebih pemain dari pasukan pembawa bola memegang pembawa bola. Semua pemain yang terlibat dalam kedudukan berdiri dan bergerak ke arah garisan gol.



iii. Fair Catch atau mark

Bagi SM Fair Catch atau Mark adalah seperti berikut:
1. Dibuat di dalam kawasan 22 meter atau di dalam kawasan gol.
2. Pelaku mestilah menangkap kemas bola tersebut sambil melaungkan ‘mark’
3. Pasukan berkenaan akan diberikan tendangan percuma di tempat ‘mark’ dan pelaku mark’ akan mengambil tendangan.



iv. Bola keluar dan lontaran masuk (line-out)

Bola dikira keluar dari kawasan permainan apabila pembawa bola terkena garisan tepi, tanah objek atau orang di atas garisan itu. Bola juga dikira keluar apabila ditendang keluar dari garisan tepi atau mencecah garisan itu.Throw-in tidak dibenarkan sehinggalah referi menyatakan line-out sudah dibentuk. Line-out adalah keadaan yang mana kedua-dua pasukan bertanding membentuk garisan lurus di antara garisan 3 hingga 10 meter. Pasukan yang bukan penyebab bola keluar akan melontar bola masuk.



v. Scrum

Dibentuk untuk kesalahan ringan tertentu seperti hantar ke hadapan dan knock on. Dibentuk di tempat berlaku kesalahan. Mengandungi sekurang-kurangnya 5 orang pemain dari satu pasukan. Bola dimasukkan ke dalam scrum oleh juru scrum pasukan yang tidak melakukan kesalahan.


Monday, 24 April 2017

Ragbi

Sukan Ragbi

Perlawanan ragbi dimulakan dengan tendangan mula 'drop kick'. Selepas tendangan mula, mana-mana pemain yang 'on side' boleh mengambil bola dan berlari dengannya sama ada berlari dengannya, menyepaknya atau menghantarnya kepada rakan. 

Mana-mana pemain boleh berlari dengan bola, menghantar bola kepada rakan atau menyepak bola tersebut. Mana-mana pemain boleh menghalang pemain yang membawa bola sama ada dengan memegangnya, menolaknya, atau menjatuhkannya. Mana-mana pemain boleh terlibat dalam scrum, ruck, maul  dan  line-out. Semua pemain boleh meletakkan bola atau membuat try dalam kawasan in goal. 

Apa sahaja yang dilakukan oleh setiap pemain mestilah mengikut peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan dalam undang-undang permainan ragbi.



Permainan ragbi merupakan permainan yang lasak kerana memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi. Saya tidak pernah bermain permainan ragbi ini. Hal ini kerana saya tidak diberi banyak pendedahan dalam sukan ini sewaktu disekolah. Namun begitu, saya mempunyai sedikit pengetahuan mengenai permainan ini apabila melihat sendiri bagaimana permainan ragbi ini dimainkan. Disini , saya dapat melihat bahawa sukan ini berpotensi untuk menjadi sukan yang diminati oleh seluruh dunia serta memberi kelebihan kepada pasukan ragbi Malaysia untuk menjadi gergasi dalam sukan ragbi di Asia mahupun dunia.

Friday, 14 April 2017

Cara bermain dan Undang-undang Hoki



Peraturan asas

i) Komposisi pasukan
   Setiap perlawanan mempunyai 2 buah pasukan yang berentap. Setiap pasukan mempunyai 11 orang ahli. Pemain boleh diganti, tetapi tidak melebihi 11 orang dalam suatu masa. Penjaga gol perlu ada dalam setiap masa perlawanan dan sekiranya tercedera perlulah digantikan dengan penjaga gol yang lain.


ii) Mengganti pemain
    Setiap pasukan dibenarkan untuk menggantikan pemain berdasarkan 16 orang pemain yang telah dinamakan. Gantian pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada sudut penalti yang diambil.

iii) Ketua pasukan
    Setiap pasukan hendaklah mempunyai seorang ketua pasukan atau kapten dalam kalangan mereka. Jika kapten terpaksa keluar disebabkan oleh cedera atau dihukum, maka pemain lain perlulah menggantikan tempatnya sebagai kapten.

iv) Pakaian dan peralatan pemain
    Setiap pasukan perlulah memakai pakaian yang seragam berlainan dengan pasukan lawan. Pakaian penjaga gol perlulah berlainan daripada ahli pasukan sendiri dan pasukan lawan. Perlindungan kepala adalah wajib bagi setiap penjaga gol kecuali apabila menghadapi penalty stroke.

v) Perlawanan dan keputusannya
    Setiap perlawanan dibahagikan kepada dua separuh masa, dimana 35 minit dibahagikan kepada satu separuh masa. Waktu rehat yang diberikan hanyalah lima minit.  Masa rehat tambahan perlulah mendapat persetujuan kedua-dua pihak.


vi) Permulaan permainan
    Permainan dimulakan dengan hantaran tengah. Ciri-ciri hantaran tengah:

  1. Dilakukan di tengah padang
  2. Bola boleh dihantar ke mana-mana arah, namun tidak kepada pemain yang lakukan hantaran tersebut.
  3. Apabila pengadil menghentikan perlawanan, permainan mula semula dengan lakuan buli.
  4. Selepas penalty stroke yang gagal dijaringkan, permainan mula semula dengan pukulan 15 meter.

Aksi-aksi dalam permainan Hoki:




Tuesday, 11 April 2017

Peralatan Permainan Hoki

1. Kayu hoki


Kayu yang digunakan ialah kayu hoki yang rata di sebelah kiri dan berbentuk bulat di sebelah kanan. Bahagian rata di sebelah kiri kayu dipanggil muka kayu (face of the stick) dan hanya boleh digunakan dalam permainan. Bahagian bulat kayu di panggil belakang kayu (back stick) dan bahagian ini tidak boleh digunakan semasa bermain. 

Bahagian lengkuk kayu di panggil kepala kayu yang berbentuk “J” atau “U”. Kayu hoki hendaklah licin dan tidak tajam di bahagian tepi. Tebal kayu dihadkan dan hanya bolehmelalui satu gelung yang berdiameter 51 mm. Kayu hoki diperbuat daripada kayu dan berat tidak melebihi 737 g.

2. Bola 


Bola
Bola berbentuk bulat, keras, pejal atau kosong digunakan. Biasanya permukaan bola adalah licin dan berwarna putih. Berat bola adalah diantara 156 g – 163 g dan lilitan bola adalah di antara 224 g – 235 g.

3. Kasut Hoki


Sukan hoki membenarkan pemainnya memakai apapun jenis kasut yang sesuai. Kasut yang mempunyai tetungku getah amatlah digalakkan.  Kasut khas turut digunakan ketika pemain bermain di atas permukaan sintetik bagi memudahkan pergerakan pemain.

4. Shin Guard


Peralatan yang penting dalam sukan hoki antaranya shin guard (diletakkan dipangkal betis) bertujuan mengelakkan kecederaan di bahagian tulang kering pada betis sekiranya terkena kayu hoki ataupun bola hoki. Shin guard wajib dipakai oleh setiap pemain hoki.

5. Alatan penjaga gol


Sunday, 9 April 2017

Teknik-teknik bermain Hoki

Terdapat beberapa kemahiran dalam asas dalam permainan hoki.

a) Memukul bola
b) Mengelecek bola
c) Menguis bola
d) Merebut bola
Memukul bola


Kemahiran ini bertujuan untuk menghantar bola kepada rakannya pada jarak yang agak jauh atau membuat pukulan ke arah gol. Bagi tujuan pukulan, perkara yang perlu dititikberatkan adalah ketepatan arah dan kederasan bola. Ketepatan arah bola ditentukan dengan kedudukan bahu dan kaki sementera kederasan bola ditentukan dengan daya pukulan daripada kedua-dua belah tangan dan pemindahan berat badan.



  1. Pegang kayu dengan kuat. Tangan kiri di atas tangan kanan.Bahu kiri menghadap sasaran. Bola berada selari dengan kaki kiri. Mulakan aksi dengan hayunan ke belakang
  2. Hayun kayu ke arah bola dan pindahkan berat badan ke kaki depan. Bengkokkan lutut semasa melakukannya. Mata memandang bola. Kontak bahagian belakang bola.
  3. Ikut lajak, kayu dituju sehala dengan sasaran. Berat badan dipindahkan ke hadapan.



Mengelecek bola

Kemahiran mengelecek bola digunakan untuk mengawal bola sambil melepasi pemain lawan. Aspek yang perlu dititik beratkan semasa melakukan kemahiran ini ialah kepantasan dan kemahiran mengacah dengan menggunakan pergerakan badan dan kayu. Bola sentiasa berada di hadapan badan dan digerakkan dari sisi ke sisi. Terdapat 3 cara dalam menggelecek bola iaitu:-

  1. Menggelecek longgar
  2. Menggelecek rapat
  3. Mengelecek Indian

1. Mengelecek longgar

Menggelecek longgar digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat dan pihak lawan berada jauh dari bola.

Cara untuk mengelecek longgar

  • Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar.  Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan.
  • Badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan.
  • Mata memandang bola ketika membuat tolakan.
  • Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di hadapan kaki kanan.
  • Kedudukan kayu hoki 45° ke tanah.

2. Menggelecek rapat

Menggelecek rapat perlu apabila seseorang pemain hendak mengawal bola dengan rapi. Teknik ini berguna jika pemain tidak memperoleh situasi yang selamat untuk menghantar bola kepada rakan.

Cara untuk menggelecek rapat

  • Pegangan seperti menggelecek longgar.
  • Badan juga seperti menggelecek longgar
  • Mata sentiasa memandang ke arah bola dan sekilas kepada pemain yang akan bergerak  sambil mengkaji situasi padang.
  • Bola harus berada ke kanan dan dihadapan kaki kanan pemain serta sentiasa menyentuh kayu hoki.

3. Menggelecek Indian

Menggelecek India adalah asas bagi semua pergerakan dengan bola dalam permainan hoki.Muka kayu bergerak bebas dengan bola. Teknik ini dilaksanakan di hadapan badandengan menggerakkan bola ke kiri dan ke kanan silih berganti menggunakan muka kayu dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa menggerakkan kayu manakala tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas untuk menggerakkan bola.

Cara untuk menggelecek indian
  • Pemain menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di dalam tangan kiri ke posisi yang lebih selesa.  Tangan kiri memutarkan kayu sambil meletakkan ibu jari tangan kiri ke arah bawah kayu hoki.  Tangan kanan memegang dengan longgar.
  • Bola berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisian lebih kurang saiz bahu.
  • Mata seperti menggelecek rapat.
  • Badan mengikut pergerakan bola.
  • Apabila kaki menyentuh tanah, ketukan bola dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri pada masa kanan menyentuh tanah.


Menguis bola

Kemahiran ini bertujuan untuk menghantar bola tinggi melepasi pihak lawan ke rakan atau untuk menjaringkan gol.

Bola berada di sebelah kaki kanan. Kedudukan kayu rapat dan berada di bawah bola. Bengkokkan lutut dan bahu kiri menghadap sasaran. Berat badan berada di kaki kanan.


Alihkan berat badan ke kaki kiri. Gunakan kekuatan tangan dengan melejang bola ke hadapan dan ke atas. Bongkokkan badan semasa lakuan. Ikut lajak ke arah atas.




Merebut bola
Merebut adalah satu keupayaan merampas bola daripada penguasaan pihak lawan. Sewaktu melaksanakan kemahiran ini, imbangan, koordinasi, ketangkasan dan kesedaran ruang memainkan peranan yang penting. Kemahiran ini dilakukan pada saat pihak lawan leka dan cuai. Antara cara merebut dalam permainan hoki ialah:

a)  Merebut secara menghadang (flat tackle)
b)  Merebut secara kilas (reverse tackle)
c)  Merebut secara melonjak (jab tackle)
Merebut secara menghadang (flat tackle) Digunakan untuk menghadang kemaraan penyerang dari sebelah kanan pemain pertahanan dengan meletakkan kayu mendatar dengan permukaan padang. Kayu diletakkan depan kaki kiri.

Merebut secara kilas (reverse tackle) Digunakan di sebelah kiri pemain pertahanan. Tangan rapat dengan padang. Lonjak dan cuba kait bola.


Merebut secara melonjak (jab tackle) Pegang kayu kuat di tangan kiri. Lonjak dan cuba kait bola.


Asas permainan hoki:




Hoki

Sukan Hoki

Hoki merupakan antara sukan yang popular di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Permainan hoki ini dimainkan oleh golongan lelaki dan juga wanita. Ia juga dimainkan oleh semua peringkat umur, tetapi kebiasaannya lebih kepada golongan dewasa.

Permainan hoki ini mendapat sambutan yang menggalakan daripada kalangan masyarakat Mlaalaysia tidak mengira lelaki mahupun wanita sejak dari dahulu lagi. Ini kerana pasukan hoki lelaki mahupun wanita Malaysia merupakan antara kuasa besar dalam sukan hoki.

Di peringkat asia tenggara, pasukan hoki lelaki Malaysia merupakan pasukan gergasi iaitu pada ranking pertama dan sukar dicabar oleh pasukan lain manakala di peringkat asia pula berada di ranking ke-4 mengikut perubahan semasa dibelakang kuasa besar hoki Australia dan India. Diperingkat dunia, hoki lelaki Malaysia pada ketika ini berada di ranking ke-14 dunia.


Skuad Hoki Lelaki Malaysia

Pasukan hoki wanita Malaysia juga tidak kurang hebatnya, di peringkat asia tenggara juga berada di ranking pertama manakala di peringkat dunia pula pada ketika ini berada di ranking ke-21 dunia.

Skuad Hoki Wanita Malaysia

Permainan hoki pada saya adalah suatu permainan yang cukup menarik untuk dimainkan mahupun ditonton. Walaupun saya sendiri tidak biasa dalam sukan hoki ini, saya yakin sukan hoki ini mampu menjadi sukan no.1 suatu hari nanti. Saya hanya mendapat pendedahan mengenai sukan hoki ini ketika berada di sekolah rendah. Setelah berada di sekolah menengah, saya tidak lagi mendapat pendedahan dalam sukan hoki kerana terdapat banyak kekangan dari segi kemudahan dan tenaga pengajar. Hanya sekolah-sekolah tertentu sahaja yang mendapat kemudahan prasarana sukan hoki terutamanya dikawasan bandar. Oleh itu, suatu usaha perlu dilakukan untuk mencungkil bakat muda dari seluruh negara dengan menyediakan kemudahan untuk anak muda mendapat pendedahan awal dan akhirnya mampu menjadi pelapis hoki negara pada masa akan datang dan menjadi kuasa besar dalam sukan hoki.




Wednesday, 5 April 2017

Kategori acara dalam Sepak takraw 

1. Acara double
Acara double dimainkan oleh 4 orang pemain dalam satu gelanggang secara berpasangan iaitu 2 lawan 2. Acara ini membabitkan lelaki dan wanita. Acara ini tidak kurang hebatnya kerana semestinya memperagakan aksi-aksi yang menarik. 

Dibawah merupakan video double lelaki yang menemukan pasangan dari Singapura dan Thailand.



2. Acara regu
Acara regu menemukan dua regu yang berlawanan dalam satu gelanggang dimana setiap regu mempunyai 3 orang pemain terdiri daripada tekong, killer dan feeder. Acara ini juga membabitkan lelaki dan wanita.

Acara ini amat ditunggu-tunggu oleh peminat sepak takraw kerana menjanjikan aksi-aksi yang menakjubkan terutama sekali perlawanan tradisi antara regu lelaki Malaysia dan regu lelaki Thailand.








Permainan Sepak Takraw

1. Permulaan permainan dan sepak mula.

Regu melakukan servis sebanyak 3 kali sepakan berturut-turut dan disambung oleh pihak lawan 3 sepakan berturut-turut. Pertukaran sepak bergilir-gilir selepas 3 mata, tanpa mengira mana pihak yang mendapat mata.



Pada mata bius (bila kedua-dua regu pada mata 14-14) servis akan bertukar pada setiap mata. Regu yang menerima servis akan melakukan servis pada set seterusnya. Tukar petak sebelum memulakan setiap set.

2. Sistem kiraan mata

Setiap set dimenangi oleh regu yang mendapat 15 mata. Apabila regu terikat mata 14-14, maka pengadil akan membuat kiraan mata bius dimana regu perlu mendapat kelebihan 2 mata daripada regu lawan.

Setiap perlawanan Regu dan Double dijalankan dalam 5 set, 2 minit rehat dan regu yang memenangi 3 set terdahulu daripada 5 set dikira  memenangi perlawanan. Dalam perlawanan Berpasukan ia akan dijalankan dalam 3 set dengan 2 minit rehat dan mana pasukan yang memenangi 2 set terdahulu daripada 3 set dikira memenangi perlawanan. 

Dalam set akhir acara Regu dan Double (acara Berpasukan), tukar petak gelanggang akan dilakukan apabila satu regu mendapat mata 8.



Peralatan permainan bola tampar Bola tampar biasanya dimainkan di gelanggang tertutup seperti gimnasium. Walaubagaimanapun bola tampar d...