Monday 1 May 2017

Bola Baling

Permainan Bola Baling

Permainan Bola Baling adalah antara sukan yang terkenal dan dimainkan di seluruh dunia. Bola baling merupakan gabungan daripada beberapa kemahiran asas bola jaring, bola keranjang dan bola sepak. Permainan ini mulai mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai satu permainan yang diminati. Permainan ini dimainkan oleh lelaki dan wanita.



Dari segi populariti, bola baling sudah menjadi permainan yang setanding dengan permainan-permainan lain. Permainan bola baling ini boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang diperlukan ialah padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan.




Permainan bola baling merupakan permainan yang menarik dimana pemain bola baling ini memerlukan kemahiran yang tinggi untuk mengawal bola menggunakan tangan. Saya melibatkan diri dalam permainan bola baling ini ketika saya di sekolah rendah lagi semasa darjah 6 dan telah berpeluang untuk mewakili sekolah ke peringkat zon dan pasukan saya meraih johan dalam pertandigan tersebut. Saya ditawarkan untuk mewakili zon ke peringkat daerah namun kekangan masa yang saya hadapi ketika itu membuatkan saya menolak tawaran tersebut kerana fokus saya untuk peperiksaan UPSR.


Ketika di sekolah menengah pula saya mula berpeluang bermain untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah semasa berada di tingkatan 5. Sebelum itu, saya kurang aktif dalam menyertai pertandingan sukan. Hasil daripada usaha dan latihan yang berterusan saya dapat meningkatkan persembahan permainan saya dari segi kawalan bola dan teknik balingan. Namun begitu, pasukan saya hanya meraih tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Tetapi, saya berpuas hati dengan prestasi saya ketika itu walaupun telah lama tidak bermain bola baling.

No comments:

Post a Comment

Peralatan permainan bola tampar Bola tampar biasanya dimainkan di gelanggang tertutup seperti gimnasium. Walaubagaimanapun bola tampar d...