1) SERVIS
Servis dilakukan oleh tekong dalam posisi
yang bersedia dimana tekong akan menjengketkan kaki kanan/kirinya sebelum melakukan
ayunan. Tekong akan memberi isyarat
kepada apit paras ketinggian bola yang dikehendaki. Tekong akan menyepak bola takraw dengan menggunakan bahagian dalam kaki dan mengikut lajak.
2) MELAMBUNG
Lambungan bola dibuat oleh apit kiri atau apit kanan. Terdapat empat
fasa dalam membuat lambungan iaitu memegang bola, membengkok lutut, melempar
bola dan ikut lajak. Apit kanan/kiri memegang bola
dengan kemas dan fokus ke arah tekong kemudian membengkokkan
lutut bagi mendapatkan daya sebelum melakukan lambungan. Lutut diluruskan semasa bola dilepaskan dan mengikut lajak.
3) MENGUMPAN
Umpanan biasanya dilakukan oleh feeder. Terdapat 3 fasa yang
terlibat semsa melakukan umpanan iaitu posisi diri sedia, dirian tapak dan melakukan sepakan. Feeder perlu bersedia
mengawal bola dan membengkokkan
lutut kiri bagi melakukan kestabilan. Kemudian, feeder menggunakan
kemahiran sepak sila untuk melakukan umpanan.
4) MENANDUK
Menanduk bola
ialah kemahiran yang menggunakan kepala untuk menghantar, mengumpan, mengawal
dan merejam bola. Teknik menanduk
dilakukan dengan cara mendongakkan muka, dan kemudian gunakan dahi untuk menolak bola ke
atas.
5) MEREJAM
Terdapat pelbagai jenis
rejaman yang boleh dilakukan seperti rejaman gunting, rejaman kilas dan rejaman
gulung. Ia biasanya dilakukan oleh killer. Untuk melakukan rejaman, killer perlu mata memandang
bola dan sesuaikan kedudukan diri dengan arah bola. Kemudian melakukan lonjakkan kaki
kanan dan gunakan luar kaki untuk rejaman.
6) MENGHADANG
Menghadang bola
ialah satu kemahiran bagi memastikan rejaman yang dibuat oleh pihak lawan
ditangkis. Menghadang bola
boleh dilakukan dengan kaki atau badan. Kebiasaannya killer akan melakukan hadangan ketika pihak lawan membuat rejaman. Terdapat 3 fasa utama
dalam kemahiran hadangan. Killer perlu lonjak dengan
tinggi sehingga punggung melepasi 0.5 m daripada jaring. Semakin tinggi
lompatan yang dibuat, semakin tinggi luas kawasan hadangan. Killer perlu memastikan
hadangan kaki yang digunakan tepat menghadang bola yang direjam, batal jika
menghadang menggunakan tangan.
No comments:
Post a Comment