Monday, 27 March 2017

Sepak Takraw

Sukan Sepak Takraw

Sepak takraw adalah permainan yang sangat menarik bagi saya kerana permainan ini mempunyai keseniannya yang tersendiri dari segi cara permainan serta teknik-teknik yang digunakan oleh pemain dalam permainan ini.

Saya mula bermain permainan sepak takraw ketika saya berumur 15 tahun. Saya bermain sepak takraw ini bersama rakan-rakan sepermainan saya di sebuah dewan di kampung saya. Kami bersama-sama mengumpulkan duit untuk membeli bola takraw dan sejak itu, kami mula bermain sepak takraw di waktu lapang kami selain bermain badminton.



Pada mulanya, kami agak kekok kerana agak sukar untuk kami mengimbang bola serta sukar melakukan teknik servis. Namun, kami terus bermain walaupun menggunakan teknik yang salah. Sehinggalah pada suatu hari apabila beberapa orang dewasa di kampung kami mula bermain bersama kami dan mengajarkan teknik-teknik yang betul kepada kami. 

Setelah boleh dikatakan setiap hari kami bermain, kami telah meningkatkan tahap permainan kami dan telah menguasai teknik-teknik seperti servis kuda, servis semi lob, menanduk, menghadang, rejaman gunting serta rejaman kilas. Hasilnya, kami telah mahir dalam permainan sepak takraw ini tetapi tidak sehebat pemain-pemain professional di luar sana.


Permainan Sepak Takraw

Sepak Takraw merupakan sejenis permainan yang mengadukan dua pasukan/regu. Mempunyai jaring yang memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di gelanggang yang sama ukuran seperti gelanggang badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.







No comments:

Post a Comment

Peralatan permainan bola tampar Bola tampar biasanya dimainkan di gelanggang tertutup seperti gimnasium. Walaubagaimanapun bola tampar d...