Monday, 20 March 2017

Badminton

Sukan Badminton




Permainan badminton merupakan salah satu hobi saya diwaktu lapang. Permainan ini amat menarik bagi saya kerana mempunyai keunikannya yang tersendiri. Saya mula melibatkan diri secara aktif dalam permainan badminton ini sewaktu saya berumur 13 tahun lagi. Hal ini didorong oleh pembinaan sebuah dewan terbuka di kampung saya. Oleh itu, saya dan rakan-rakan kampung saya cuba untuk bermain badminton yang merupakan permainan yang baru kepada kami pada masa itu. Namun, sebelum pembinaan dewan tersebut, kami bermain bola di tapak kawasan dewan tersebut. setelah dewan siap dibina maka, bermulalah aktiviti kami bermain badminton ini.

Pada awalnya, kami hanya menggunakan raket yang dibeli dikedai runcit dengan harga RM11.00 bagi dua buah raket. Saya pada masa itu tali raket saya sudah pun putus, namun saya menyambungkannya semula menggunakan tali dawai dengan harapan ia tidak akan putus lagi. Kami dengan tiada rasa jemu boleh dikatakan pada setiap hari tidak kira pagi dan petang sentiasa bermain badminton lebih-lebih lagi pada waktu cuti sekolah. Setelah itu, bermulalah orang-orang dewasa dan tua pula bermain badminton sehingga mereka mewujudkan kelab badminton yang juga disertai oleh orang-orang daripada kampung sebelah. Aktiviti ini berterusan sehingga kami remaja. Hasilnya, terdapat dikalangan kami yang mampu bermain sebagai pemain amatur dan menyertai kejohanan terbuka. Namun, bakat-bakat yang ada pada kami ini tidak diketengahkan menyebabkan kami tidak dapat pergi lebih jauh. Saya percaya jika kami diberi peluang, kami boleh pergi lebih jauh dan tidak mustahil akan menjadi seorang pemain yang professional setanding dengan pemain badminton handalan dunia seperti Lee Chong Wei dan Lin Dan yang juga merupakan idola kami.


























Sedikit mengenai permainan Badminton

Badminton adalah sejenis sukan raket yang dimainkan sama ada 2 orang pemain saling berlawan iaitu perseorangan/single ataupun 2 pasangan berlawan iaitu beregu/double, yang mana posisi pemain bertentangan dalam sebuah gelanggang segi empat yang dipisahkan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka dan ia perlu melepasi atas jaring dan jatuh ke lantai kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh diatas lantai dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.


No comments:

Post a Comment

Peralatan permainan bola tampar Bola tampar biasanya dimainkan di gelanggang tertutup seperti gimnasium. Walaubagaimanapun bola tampar d...