1. Pegangan raket/grip
Cara yang betul memegang raket ialah dengan menggunakan jari-jari tangan.
2. Servis
Pukulan yang dibuat untuk memulakan perlawanan dengan memukul bulu tangkis ke kawasan gelanggang.
3. Pukulan lob/overhead lob
Bulu tangkis di pukul dari atas kepala pemain dan diarahkan keatas menuju bahagian belakang gelanggang lawan.
4. Pukulan drive
Pukulan yang dilakukan dengan pantas dan mendatar kearah lawan bagi memaksa pihak lawan mengembalikan bulu tangkis keatas.
5.Pukulan smash
Pukulan yang dilakukan menggunakan gerakan tangan yang sangat pantas dan dilakukan dengan sepenuh tenaga untuk memastikan bola tidak boleh dikembalikan semula oleh pihak lawan. Rekod dunia mencatatkan pukulan smash terpantas iaitu 421km/j jauh lebih pantas daripada kereta Formula 1.
6.Pukulan dropshot
Pukulan yang dilakukan untuk mengarahkan bola kebahagian hadapan gelanggang pihak lawan dan bulu tangkis jatuh hampir dengan jaring bagi menyukarkan pihak lawan mengembalikan bulu tangkis.
No comments:
Post a Comment