Saturday 20 May 2017

Peraturan Asas Permainan Bola Tampar

PERATURAN AM
Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut peraturan bola tampar rasmi FIVB.

MENARIK DIRI
Setiap pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari sebarang perlawanan. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan adalah dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan dan tidak dibenarkan menyertai pertandingan seterusnya.

PEMBATALAN (WALK OVER)
Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan bermula. Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa memberi alasan yang munasabah adalah dianggap memberi kemenangan tanpa bertanding kepada pihak lawan.

FORMAT KIRAAN MATA
Perlawanan akan dijalankan dalam 5 set permainan untuk setiap perlawanan di mana pasukan yang memenangi 3 set terdahulu daripada 5 set dikira memenangi perlawanan. Bagi setiap perlawanan, kiraan mata penamat ialah 25 dengan kelebihan sekurang-kurangnya 2 mata. Di dalam kes 24-24 tie, permainan diteruskan sehingga 2 mata dicapai sebagai contoh (26-24/27-25). Bagi setiap perlawanan yang berlarutan sehingga set ke 5, mata penamatnya adalah 15 mata dengan kelebihan sekurang-kurangnya 2 mata. Berikut adalah sistem pemberian mata:

• MENANG = 3 MATA
• KALAH = 0 MATA


Sekiranya pada akhir perlawanan pusingan awal terdapat (2) atau lebih pasukan yang mempunyai mata yang sama, maka cara menentukan kedudukan akan dibuat mengikut bilangan set kemenangan tertinggi sepanjang kejohanan.

PAKAIAN


Setiap pasukan hendaklah memakai pakaian seragam iaitu baju jersi dan seluar sukan. Setiap pasukan perlu menyediakan 2 set jersi yang berlainan warna dan mempunyai nombor dibahagian depan dan belakang yang sesuai untuk pertandingan bola tampar. Pasukan yang tidak memakai pakaian seragam tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

PENANGGUHAN PERLAWANAN
Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan atau berlaku masalah teknikal, maka pengadil akan menunda dengan persetujuan Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
Pihak Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan akan menetapkan semula perlawanan yang telah tertangguh. Kiraan mata dari perlawanan yang tertangguh akan dibawa ke perlawanan sambungan.

PERKARA-PERKARA AM
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan mempunyai hak untuk mengambil sebarang keputusan jika timbul kemusykilan dalam kejohanan ini seandainya tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan dan keputusan adalah muktamad. Ahli-ahli sesuatu pasukan yang dibenarkan menduduki atas bangku pemain pengganti yang disediakan pada masa perlawanan adalah seperti berikut:

1. Pengurus Pasukan
2. Jurulatih
3. 4 orang pemain simpanan

No comments:

Post a Comment

Peralatan permainan bola tampar Bola tampar biasanya dimainkan di gelanggang tertutup seperti gimnasium. Walaubagaimanapun bola tampar d...