Bola tampar merupakan satu sukan/permainan di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan. Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul.
Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Hal ini kerana banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat setinggi yang boleh amat ditekankan dalam permainan ini. Faktor fizikal pemain juga memberikan impak positif seperti mempunyai ketinggian yang baik.
Contoh permainan bola tampar:
Permainan bola tampar merupakan permainan yang sangat menarik untuk dimainkan mahupun ditonton. Saya amat meminati dan suka bermain permainan bola tampar ini walaupun tidaklah sehingga ke peringkat tinggi. Saya bermain bola tampar ketika di sekolah menengah tetapi tidak berpeluang untuk mewakili sekolah kerana ramai pesaing yang lebih hebat.
Walau bagaimanapun, saya terus bermain kerana minat saya namun tidaklah sehebat pemain profesional. Permainan ini memerlukan kekuatan terutamanya pada bahagian tangan. Permainan ini juga banyak melakukan lompatan untuk merejam bola ataupun dipanggil 'spike'. Permainan ini dimainkan oleh lelaki dan juga wanita.
No comments:
Post a Comment