PERATURAN PERMAINAN
1. Bilangan pemain
Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, 6 orang pemain gelanggang dan seorang penjaga gol akan berada di dalam gelanggang. Pengganti-pengganti boleh menggantikan pemain di dalam gelanggang pada bila-bila masa dengan syarat pemain di dalam gelanggang keluar terlebih dahulu sebelum pemain pengganti masuk.
2. Pengadil
Seorang pengadil gelanggang dan seorang pengadil gol akan bertugas dan keputusan mereka adalah muktamad. Pengadil-pengadil ini akan dibantu oleh seorang penjaga masa dan seorang pencatat.
3. Tempoh Permainan
Bagi kumpulan lelaki 12 tahun ke atas, 7 minit setiap separuh masa dengan 1 minit rehat. Bagi semua kumpulan umur 18 tahun ke bawah (lelaki dan perempuan), 20 minit setiap separuh masa dengan 10 minit rehat. Masa permainan hanya akan di hentikan atas perintah pengadil. Pasukan akan bertukar gelanggang bagi setiap separuh masa.
4. Permainan Pasif
Adalah menjadi satu kesalahan jika pasukan memainkan bola dalam keadaan pasif. ‘PASIF’ bermaksud bermain tanpa mempunyai niat untuk menyerang atau menjaringkan gol terutamanya setelah pasukan tersebut mendahului pasukan lawan.
5. Memulakan Permainan
Ia dimulakan oleh pasukan yang memilih untuk memulakan permainan setelah menang dalam mementing syiling oleh pengadil. Kedua-dua pasukan mestilah berada di dalam kawasan sendiri. Pasukan lawan harus berada pada jarak 3 meter dari pemain yang memegang bola dan pemain ini mestilah memijak garisan tengah. Permainan bermula dengan tiupan wisel pengadil gelanggang.
6. Jaringan Gol
Gol dikira apabila keseluruhan bola melepasi garisan gol di antara dua tiang gol. Gol-gol boleh dijaringkan dari mana-mana jenis balingan kecuali balingan referi.
7. Memainkan Bola
a) Pemain dibenarkan :
-Mengambil 3 langkah dengan bola.
-Memegang bola maksimum 3 saat.
-Menggelecek.
-Menjunam untuk mendapatkan bola.
b) Pemain tidak dibenarkan :
-Membahayakan pihak lawan dengan atau tanpa bola.
-Merampas, memukul, meragut atau menumbuk bola dari kawalan pihak lawan.
-Menggunakan bahagian anggota di bawah lutut.
8. Menghadang Pihak Lawan
Pemain boleh menggunakan badan untuk menghadang pihak lawan samada dengan atau tanpa bola. Tetapi pemain tidak dibenarkan menggunakan tangan atau kaki untuk merampas, memukul, meragut atau menumbuk bola dari kawalan pihak lawan. Pemain juga tidak dibenarkan merempuh pemain pertahanan semasa membuat jaringan.
9. Balingan ke Dalam
Balingan ini diberikan apabila bola terkeluar dari garisan tepi samada di tanah atau di udara yang disentuh oleh pihak lawan. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah diambil dari tempat di mana bola itu keluar dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak garisan tepi. Pemain lawan mestilah berada pada jarak 3 meter dari pembaling.
10. Balingan ke dalam di sudut
Balingan ini diberikan apabila bola disentuh oleh pemain pertahanan dan keluar melintasi garisan gol. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah berada di sudut garisan gol dan garisan tepi dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak garisan tepi. Pemain lawan mestilah berada pada jarak 3 meter dari pembaling.
11. Balingan Pengadil
Ia diberikan apabila :
-Kesalahan berlaku serentak oleh kedua-dua pasukan.
-Bola direbut oleh kedua-dua pemain.
12. Balingan Percuma
Balingan ini diberikan bagi sebarang kesalahan yang ringan. Balingan diambil dari tempat di mana kawasan itu berlaku kecuali
-Bila kesalahan berlaku di dalam kawasan 9 meter – balingan dibuat di luar garisan 9 meter. Semua pemain penyerang berada di luar garisan 9 meter sebelum bola dimainkan.
-Bila berlaku kesalahan penggantian – Balingan dilakukan di kawasan penggantian atau di tempat bola dimatikan oleh pengadil semasa menyerang.(mana-mana yang memberi kelebihan kepada pihak lawan).
-Kesalahan yang dilakukan di dalam kawasan gol - balingan dibuat di luar garisan 9 meter.
-Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol sendiri dan bola tersebut mati di dalam kawasan gol tanpa disentuh oleh penjaga gol.
Balingan ini diambil dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak tanah atau gelanggang semasa membuat balingan. Pemain lawan berada pada jarak 3 meter sebelum balingan dilakukan.
13. Balingan 7 meter (penalti)
Balingan ini diberikan apabila
-Peluang keemasan menjaring gol dimusnahkan oleh pemain pertahanan.
-Penjaga gol membawa masuk bola ke dalam kawasan 6 meter.
-Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol sendiri dan bola tersebut disentuh oleh penjaga gol.
Semua pemain mesti berada di luar garisan 9 meter. Pemain yang mengambil balingan 7 meter ini tidak dibenarkan memijak garisan balingan semasa balingan dilakukan. Penjaga gol boleh bergerak keluar hingga 4 meter dari garisan golnya.
14. Balingan Gol
Balingan ini diberikan apabila
-bola disentuh oleh penjaga gol dan keluar melintasi garisan gol.
-bola diballing keluar melalui garisan gol oleh pemain penyerang.
15. Hukuman Susulan
Hukuman bagi kesalahan yang lebih serius selain daripada memberikan balingan percuma kepada pihak lawan boleh disusuli dengan hukuiman yang lebih berat. Antara hukuman yang boleh diberikan :
-Amaran (Kad Kuning)
-2 minit penggantungan
-Penyingkiran
-Pembatalan
Antara aksi-aksi dalam permainan Bola Baling:
No comments:
Post a Comment