LATIHAN MELAKUKAN SERVIS
1. Servis bola lantun
Pegang bola dengan tangan kiri pada ketinggian paras dada. Lepaskan bola supaya jatuh ke gelanggang. Pukul bola secara servis bawah apabila bola melantun melepasi ketinggian pinggang. Tetapkan sasaran bola secara berperingkat-peringkat. Mulakan memukul bola sehingga zon serangan. Kemudian cuba membuat servis bola lantun sehingga terkena jaring. Akhir sekali pukul bola melepasi jaring.
2. Servis atas bahu tanpa bola
Cuba gayakan servis atas tangan tanpa bola berulang-ulang kali. Suruh rakan melihat perlakuan anda. Ketika melakukan aktiviti ini tekankan pemindahan berat badan, bengkokkan badan dan hayunkan tangan.
3. Servis ke dinding
Tandakan pada dinding garisan melintang yang mempunyai ketinggian dua meter, dua meter setengah dan tiga meter. Berdiri sejauh lima meter dari dinding. Lakukan servis secara pukulan atas bahu ke dinding. Arahkan sasaran secara berperingkat-peringkat. Ulangi pukulan sebanyak lima kali pada setiap sasaran.
LATIHAN PUKULAN SANGGA
Lambung bola dan terus sangga. Ulang beberapa kali sehingga yakin boleh melakukan aktiviti menyangga. Seterusnya lambung bola tinggi dan cuba sangga semasa bola turun. Uji sejauh mana anda boleh mengelakkan bola jatuh ke tanah. Lakukan aktiviti menyangga bola ke dinding berulang-ulang. Pastikan selepas sahaja memukul bola, tetapkan kedudukan badan untuk melakukan sanggaan yang baik.
No comments:
Post a Comment