1. Maju:
Ketika Menyerang:
Objektif permainan ini adalah untuk melakukan skor lebih daripada pasukanbertahan. Untuk mencapai matlamat ini, pemain perlu membawa bola menghampirigarisan skor pasukan bertahan. Ketika ini, taktikal yang dicipta oleh pasukanmenyerang akan menambah lagi peluang untuk bergerak ke hadapan dan seterusnyamenghampiri garisan skor pihak bertahan.
Dalam pertahanan:
Ketika bertahan, pemain bertahan perlu berusaha untuk memintas masa dan ruangpihak lawan dengan bergerak ke hadapan untuk mengelakkan pasukan menyerang darimenghampiri dan menguasai kawasan skor.
2. Menyokong(Support) pembawa bola pada setiap masa:
Sokongan yang rapat daripada pembawa membolehkan pihak menyerang mempunyaipilihan yang banyak untuk menyerang dan mengekalkan kedudukan. Sokongan yangrapat juga bermaksud kawasan tanah sendiri tidak harus hilang ketika membuathantaran bola ke belakang untuk rakan sepasukan. Ingat, hantaran langsung ke sisidibenarkan dan merupakan hantaran paling berkesan.
3. Penukaran pemain sebanyak mungkin:
Seorang pemain baru di padang dapat memberi kesan kepada pasukan sama adamenang atau kalah. Lihat dan lakukan pertukaran pemain ketika pasukan andamenyerang dan ketika berada di kawasan pertukaran pemain. Apabila anda telah membuat skor(touchdown), idea yang baik adalah dengan menukarkan pemain baru di padang untuk menjaga potensi pasukan.
No comments:
Post a Comment