Sunday 9 April 2017

Hoki

Sukan Hoki

Hoki merupakan antara sukan yang popular di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Permainan hoki ini dimainkan oleh golongan lelaki dan juga wanita. Ia juga dimainkan oleh semua peringkat umur, tetapi kebiasaannya lebih kepada golongan dewasa.

Permainan hoki ini mendapat sambutan yang menggalakan daripada kalangan masyarakat Mlaalaysia tidak mengira lelaki mahupun wanita sejak dari dahulu lagi. Ini kerana pasukan hoki lelaki mahupun wanita Malaysia merupakan antara kuasa besar dalam sukan hoki.

Di peringkat asia tenggara, pasukan hoki lelaki Malaysia merupakan pasukan gergasi iaitu pada ranking pertama dan sukar dicabar oleh pasukan lain manakala di peringkat asia pula berada di ranking ke-4 mengikut perubahan semasa dibelakang kuasa besar hoki Australia dan India. Diperingkat dunia, hoki lelaki Malaysia pada ketika ini berada di ranking ke-14 dunia.


Skuad Hoki Lelaki Malaysia

Pasukan hoki wanita Malaysia juga tidak kurang hebatnya, di peringkat asia tenggara juga berada di ranking pertama manakala di peringkat dunia pula pada ketika ini berada di ranking ke-21 dunia.

Skuad Hoki Wanita Malaysia

Permainan hoki pada saya adalah suatu permainan yang cukup menarik untuk dimainkan mahupun ditonton. Walaupun saya sendiri tidak biasa dalam sukan hoki ini, saya yakin sukan hoki ini mampu menjadi sukan no.1 suatu hari nanti. Saya hanya mendapat pendedahan mengenai sukan hoki ini ketika berada di sekolah rendah. Setelah berada di sekolah menengah, saya tidak lagi mendapat pendedahan dalam sukan hoki kerana terdapat banyak kekangan dari segi kemudahan dan tenaga pengajar. Hanya sekolah-sekolah tertentu sahaja yang mendapat kemudahan prasarana sukan hoki terutamanya dikawasan bandar. Oleh itu, suatu usaha perlu dilakukan untuk mencungkil bakat muda dari seluruh negara dengan menyediakan kemudahan untuk anak muda mendapat pendedahan awal dan akhirnya mampu menjadi pelapis hoki negara pada masa akan datang dan menjadi kuasa besar dalam sukan hoki.




No comments:

Post a Comment

Peralatan permainan bola tampar Bola tampar biasanya dimainkan di gelanggang tertutup seperti gimnasium. Walaubagaimanapun bola tampar d...