Saturday, 20 May 2017

Peralatan permainan bola tampar

Bola tampar biasanya dimainkan di gelanggang tertutup seperti gimnasium. Walaubagaimanapun bola tampar dapat juga dimainkan di gelanggang terbuka, misalnya gelanggang bersimen. 


Jaring dipasang betul-betul di atas garisan tengah. Dalam pertandingan peringkat bawah 12 tahun, ketinggian jaring ialah 2.10 meter bagi ketegori lelaki dan perempuan. 

 

Saiz bola tampar sama dengan saiz bola sepak tetapi lebih ringan jika dibandingkan dengan bola sepak. Bola tampar mesti berwarna putih dan diperbuat daripada kulit yang lembut atau campuran plastik dan getah. 


Ketika pertandingan setiap pemain dari pasukan yang sama mestilah memakai jersi yang sama warna. jersi dipakai perlulah bernombor di bahagian depan dan belakang. Para pemain juga digalakkan memakai alat pelindung lutut. Alat ini boleh menghindarkan pemain daripada kecederaan ketika bermain. Pilihlah kasut yang sesuai dengan jenis permukaan gelanggang.


Antara aksi menarik dalam bola tampar:


Kemahiran permainan bola tampar


PUKULAN SERVIS

Servis ialah pukulan yang dilakukan selepas mendapat mata atau berjaya mematikan servis di gelanggang lawan. Terdapat pelbagai cara pukulan servis. Sebagai permulaan untuk bermain bola tampar, servis bawah bahu dan servis atas bahu biasa digunakan.

1. Servis bawah bahu 

Pukulan servis bawah bahu merupakan servis yang tepat dan mudah dipelajari. Gaya servis ini juga mengelakkan daripada faul servis.  



2. Servis atas bahu

Servis atas bahu yang baik boleh menyebabkan pihak lawan tertekan dan sukar untuk memainkan bola. Perlakuan servis atas bahu menyerupai servis dalam permainan tenis.

PUKULAN MENYANGGA

Pukulan menyangga digunakan apabila bola berada di bawah paras mata. Kebanyakan pemain belakang gelanggang menggunakan kemahiran ini sewaktu menerima bola servis atau bola rejaman. Pukulan menyangga dilakukan supaya dapat memainkan bola dengan tangan. Bahagian tangan yang sesuai untuk menyangga ialah antara tangan hingga kesiku. Lutut perlu dibengkokkan untuk mendapatkan kuasa hayunan menyangga dengan baik.

 

PUKULAN MENGUMPAN

Biasanya pukulan mengumpan dilakukan pada sentuhan bola yang kedua. Kemahiran ini bertujuan untuk memberi peluang rakan sepasukan membuat rejaman. Umpanan dibuat apabila kedudukan bola melepasi paras kepala. Ketepatan masa amat diperlukan semasa melakukan pukulan umpanan. Ini memberi peluang kepada sendi-sendi menyerap dan mengekalkan kelajuan bola. 

 

PUKULAN REJAM

Rejaman ialah memukul bola dengan pantas ke dalam gelanggang lawan. Tujuan rejaman ialah untuk mematikan servis di dalam gelanggag lawan. Cara ini dianggap satu cara menyerang pihak lawan. kemahiran merejam memerlukan lonjakan melebihi paras jaring. Semasa di udara pula, badan perlulah dibengkokkan dan memukul bola.

 

MENGHADANG

Seperti kemahiran merejam, kemahiran menghadang juga agak sukar dikuasai. Sungguhpun begitu, kemahiran ini juga penting untuk menghadang rejaman. Halangan dilakukan oleh dua orang pemain hadapan dari pasukan yang bertahan. Kedua-dua pemain akan melonjak dan cuba menghalang bola yang direjam dengan kedua-dua belah tangan.


RELI
Bola yang dimulai dengan pukulan servis kadang-kala sukar dimatikan kerana kedua-dua pasukan sukar dimatikan kerana kedua-dua pasukan saling berbalas-balas pukulan. Keadaan ini dinamai reli. Reli berlaku jika kedua-dua pasukan sama handal. Permainan akan bertambah menarik jika berlaku banyak permainan reli. 

 
LATIHAN MENGUMPAN BOLA

1. Mengumpan bola bersendirian 
Lambung bola dan cuba menangkapnya pada ketinggian separas dengan dahi. Pastikan jari-jari tangan terbuka ketika menangkap bola. Lambung bola kemudian lakukan pukulan mengumpan. Tangkap bola sekiranya paras bola tidak memungkinkan pukulan mengumpan dibuat. Ulang aktiviti ini beberapa kali. 

Lakukan aktiviti mengumpan dan menyangga pada dinding.



2. Mengumpan bola berpasangan
Lakukan aktiviti mengumpan bola dengan rakan. Cuba lakukan umpanan sebanyak yang boleh. Kawal bola agar tidak jatuh ke tanah. Anda boleh menyangga jika tidak sempat membuat umpanan. 

Lakukan aktiviti mengumpan dengan rakan pada dinding. Selang-selikan aktiviti ini dengan aktiviti menyangga.


Uji ketepatan umpanan anda. Letakkan lima gelung rotan sebaris. Suruh rakan berdiri pada gelung rotan yang pertama. Anda berdiri sejauh 2 atau 3 meter dari barisan gelung rotan. Buat umpanan ke arah rakan anda. Rakan anda hanya menangkap bola pada paras atas kepala. Selepas hantaran dilakukan, rakan anda berpindah ke gelung rotan kedua. Lakukan aktiviti ini berulang-ulang sehingga ke gelung kelima.


LATIHAN MEREJAM BOLA

1. Merejam bola bersendirian

Gayakan pukulan rejam berulang-ulang tanpa menggunakan bola. Tumpukan latihan ini kepada lonjakan kaki, bengkokkan badan dan hayunkan tangan. Anda juga boleh menggantungkan bola tampar pada ketinggian jaring. Lakukan lonjakan dan pukulan rejam pada bola itu berulang-ulang.

2. Merejam bola berpasangan
Seorang rakan berdiri di atas kerusi dan memegang bola dengan tangan terhulur. Apabila rakan memberi arahan 'lompat' ambil dua atau tiga langkah dan terus melonjak dengan kedua-dua belah kaki. Pukul bola yang berada di tangan rakan. Ulang aktiviti ini beberapa kali. Seterusnya, minta rakan membuat umpanan secara melambung bola atau pukulan umpanan. Anda pula bertindak sebagai perejam bola pada setiap bola yang di umpan. Sebaik-baiknya lakukan aktiviti ini dengan jaring yang sedia terpasang. Ketinggian jaring boleh direndahkan untuk membina keyakinan untuk merejam bola.
 

LATIHAN MENGHADANG BOLA

1. Menghadang sendirian 
Lakukan lonjakkan menegak dan sentuh jaring bola keranjang dengan kedua-dua belah tangan. Tolak sedikit jaring ke hadapan. Lakukan aktiviti ini berulang-ulang. 

2. Menghadang berpasangan
Berdiri berhadapan rakan dengan jaring berada di tengah-tengah. Lakukan lonjakkan menegak serentak dengan rakan. Cuba tepuk tangan rakan dengan kedua-dua belah tangan. Lakukan berulang-ulang di sepanjang jaring.

Dalam aktiviti yang berikut, seorang rakan merejam bola dan anda cuba menghadang bola yang direjam itu.

Latihan permainan bola tampar


LATIHAN MELAKUKAN SERVIS

1. Servis bola lantun
Pegang bola dengan tangan kiri pada ketinggian paras dada. Lepaskan bola supaya jatuh ke gelanggang. Pukul bola secara servis bawah apabila bola melantun melepasi ketinggian pinggang. Tetapkan sasaran bola secara berperingkat-peringkat. Mulakan memukul bola sehingga zon serangan. Kemudian cuba membuat servis bola lantun sehingga terkena jaring. Akhir sekali pukul bola melepasi jaring.

2. Servis atas bahu tanpa bola
Cuba gayakan servis atas tangan tanpa bola berulang-ulang kali. Suruh rakan melihat perlakuan anda. Ketika melakukan aktiviti ini tekankan pemindahan berat badan, bengkokkan badan dan hayunkan tangan. 

3. Servis ke dinding
Tandakan pada dinding garisan melintang yang mempunyai ketinggian dua meter, dua meter setengah dan tiga meter. Berdiri sejauh lima meter dari dinding. Lakukan servis secara pukulan atas bahu ke dinding. Arahkan sasaran secara berperingkat-peringkat. Ulangi pukulan sebanyak lima kali pada setiap sasaran.

LATIHAN PUKULAN SANGGA

1. Menyangga sendirian
Lambung bola dan terus sangga. Ulang beberapa kali sehingga yakin boleh melakukan aktiviti menyangga. Seterusnya lambung bola tinggi dan cuba sangga semasa bola turun. Uji sejauh mana anda boleh mengelakkan bola jatuh ke tanah. Lakukan aktiviti menyangga bola ke dinding berulang-ulang. Pastikan selepas sahaja memukul bola, tetapkan kedudukan badan untuk melakukan sanggaan yang baik.

2. Menyangga berpasangan
Lakukan aktiviti menyangga dengan rakan. Bola disangga ke dinding. Untuk memudahkan aktiviti ini, biar bola melantun terlebih dahulu sebelum disangga bergilir-gilir. Seterusnya lakukan sanggaan berpasangan ke dinding tanpa jatuhkan bola ke tanah.
Peraturan Asas Permainan Bola Tampar

PERATURAN AM
Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut peraturan bola tampar rasmi FIVB.

MENARIK DIRI
Setiap pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari sebarang perlawanan. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan adalah dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan dan tidak dibenarkan menyertai pertandingan seterusnya.

PEMBATALAN (WALK OVER)
Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan bermula. Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa memberi alasan yang munasabah adalah dianggap memberi kemenangan tanpa bertanding kepada pihak lawan.

FORMAT KIRAAN MATA
Perlawanan akan dijalankan dalam 5 set permainan untuk setiap perlawanan di mana pasukan yang memenangi 3 set terdahulu daripada 5 set dikira memenangi perlawanan. Bagi setiap perlawanan, kiraan mata penamat ialah 25 dengan kelebihan sekurang-kurangnya 2 mata. Di dalam kes 24-24 tie, permainan diteruskan sehingga 2 mata dicapai sebagai contoh (26-24/27-25). Bagi setiap perlawanan yang berlarutan sehingga set ke 5, mata penamatnya adalah 15 mata dengan kelebihan sekurang-kurangnya 2 mata. Berikut adalah sistem pemberian mata:

• MENANG = 3 MATA
• KALAH = 0 MATA


Sekiranya pada akhir perlawanan pusingan awal terdapat (2) atau lebih pasukan yang mempunyai mata yang sama, maka cara menentukan kedudukan akan dibuat mengikut bilangan set kemenangan tertinggi sepanjang kejohanan.

PAKAIAN


Setiap pasukan hendaklah memakai pakaian seragam iaitu baju jersi dan seluar sukan. Setiap pasukan perlu menyediakan 2 set jersi yang berlainan warna dan mempunyai nombor dibahagian depan dan belakang yang sesuai untuk pertandingan bola tampar. Pasukan yang tidak memakai pakaian seragam tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

PENANGGUHAN PERLAWANAN
Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan atau berlaku masalah teknikal, maka pengadil akan menunda dengan persetujuan Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
Pihak Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan akan menetapkan semula perlawanan yang telah tertangguh. Kiraan mata dari perlawanan yang tertangguh akan dibawa ke perlawanan sambungan.

PERKARA-PERKARA AM
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan mempunyai hak untuk mengambil sebarang keputusan jika timbul kemusykilan dalam kejohanan ini seandainya tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan dan keputusan adalah muktamad. Ahli-ahli sesuatu pasukan yang dibenarkan menduduki atas bangku pemain pengganti yang disediakan pada masa perlawanan adalah seperti berikut:

1. Pengurus Pasukan
2. Jurulatih
3. 4 orang pemain simpanan

Bola Tampar

Permainan Bola Tampar


Bola tampar merupakan satu sukan/permainan di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan. Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul.
Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Hal ini kerana banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat setinggi yang boleh amat ditekankan dalam permainan ini. Faktor fizikal pemain juga memberikan impak positif seperti mempunyai ketinggian yang baik.

Contoh permainan bola tampar: 



Permainan bola tampar merupakan permainan yang sangat menarik untuk dimainkan mahupun ditonton. Saya amat meminati dan suka bermain permainan bola tampar ini walaupun tidaklah sehingga ke peringkat tinggi. Saya bermain bola tampar ketika di sekolah menengah tetapi tidak berpeluang untuk mewakili sekolah kerana ramai pesaing yang lebih hebat.

Walau bagaimanapun, saya terus bermain kerana minat saya namun tidaklah sehebat pemain profesional. Permainan ini memerlukan kekuatan terutamanya pada bahagian tangan. Permainan ini juga banyak melakukan lompatan untuk merejam bola ataupun dipanggil 'spike'. Permainan ini dimainkan oleh lelaki dan juga wanita.



Monday, 1 May 2017

PERATURAN PERMAINAN



1. Bilangan pemain

Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, 6 orang pemain gelanggang dan seorang penjaga gol akan berada di dalam gelanggang. Pengganti-pengganti boleh menggantikan pemain di dalam gelanggang pada bila-bila masa dengan syarat pemain di dalam gelanggang keluar terlebih dahulu sebelum pemain pengganti masuk.

2. Pengadil

Seorang pengadil gelanggang dan seorang pengadil gol akan bertugas dan keputusan mereka adalah muktamad. Pengadil-pengadil ini akan dibantu oleh seorang penjaga masa dan seorang pencatat.

3. Tempoh Permainan

Bagi kumpulan lelaki 12 tahun ke atas, 7 minit setiap separuh masa dengan 1 minit rehat. Bagi semua kumpulan umur 18 tahun ke bawah (lelaki dan perempuan), 20 minit setiap separuh masa dengan 10 minit rehat. Masa permainan hanya akan di hentikan atas perintah pengadil. Pasukan akan bertukar gelanggang bagi setiap separuh masa.

4. Permainan Pasif

Adalah menjadi satu kesalahan jika pasukan memainkan bola dalam keadaan pasif. ‘PASIF’ bermaksud bermain tanpa mempunyai niat untuk menyerang atau menjaringkan gol terutamanya setelah pasukan tersebut mendahului pasukan lawan.

5. Memulakan Permainan

Ia dimulakan oleh pasukan yang memilih untuk memulakan permainan setelah menang dalam mementing syiling oleh pengadil. Kedua-dua pasukan mestilah berada di dalam kawasan sendiri. Pasukan lawan harus berada pada jarak 3 meter dari pemain yang memegang bola dan pemain ini mestilah memijak garisan tengah. Permainan bermula dengan tiupan wisel pengadil gelanggang.

6. Jaringan Gol
Gol dikira apabila keseluruhan bola melepasi garisan gol di antara dua tiang gol. Gol-gol boleh dijaringkan dari mana-mana jenis balingan kecuali balingan referi.

7. Memainkan Bola

a) Pemain dibenarkan :
-Mengambil 3 langkah dengan bola.
-Memegang bola maksimum 3 saat.
-Menggelecek.
-Menjunam untuk mendapatkan bola.

b) Pemain tidak dibenarkan :
-Membahayakan pihak lawan dengan atau tanpa bola.
-Merampas, memukul, meragut atau menumbuk bola dari kawalan pihak lawan.
-Menggunakan bahagian anggota di bawah lutut.

8. Menghadang Pihak Lawan

Pemain boleh menggunakan badan untuk menghadang pihak lawan samada dengan atau tanpa bola. Tetapi pemain tidak dibenarkan menggunakan tangan atau kaki untuk merampas, memukul, meragut atau menumbuk bola dari kawalan pihak lawan. Pemain juga tidak dibenarkan merempuh pemain pertahanan semasa membuat jaringan.

9. Balingan ke Dalam

Balingan ini diberikan apabila bola terkeluar dari garisan tepi samada di tanah atau di udara yang disentuh oleh pihak lawan. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah diambil dari tempat di mana bola itu keluar dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak garisan tepi. Pemain lawan mestilah berada pada jarak 3 meter dari pembaling.

10. Balingan ke dalam di sudut

Balingan ini diberikan apabila bola disentuh oleh pemain pertahanan dan keluar melintasi garisan gol. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah berada di sudut garisan gol dan garisan tepi dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak garisan tepi. Pemain lawan mestilah berada pada jarak 3 meter dari pembaling.

11. Balingan Pengadil

Ia diberikan apabila :
-Kesalahan berlaku serentak oleh kedua-dua pasukan.
-Bola direbut oleh kedua-dua pemain.

12. Balingan Percuma

Balingan ini diberikan bagi sebarang kesalahan yang ringan. Balingan diambil dari tempat di mana kawasan itu berlaku kecuali

-Bila kesalahan berlaku di dalam kawasan 9 meter – balingan dibuat di luar garisan 9 meter. Semua pemain penyerang berada di luar garisan 9 meter sebelum bola dimainkan.
-Bila berlaku kesalahan penggantian – Balingan dilakukan di kawasan penggantian atau di tempat bola dimatikan oleh pengadil semasa menyerang.(mana-mana yang memberi kelebihan kepada pihak lawan).
-Kesalahan yang dilakukan di dalam kawasan gol - balingan dibuat di luar garisan 9 meter.
-Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol sendiri dan bola tersebut mati di dalam kawasan gol tanpa disentuh oleh penjaga gol.

Balingan ini diambil dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak tanah atau gelanggang semasa membuat balingan. Pemain lawan berada pada jarak 3 meter sebelum balingan dilakukan.

13. Balingan 7 meter (penalti)

Balingan ini diberikan apabila
-Peluang keemasan menjaring gol dimusnahkan oleh pemain pertahanan.
-Penjaga gol membawa masuk bola ke dalam kawasan 6 meter.
-Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol sendiri dan bola tersebut disentuh oleh penjaga gol.

Semua pemain mesti berada di luar garisan 9 meter. Pemain yang mengambil balingan 7 meter ini tidak dibenarkan memijak garisan balingan semasa balingan dilakukan. Penjaga gol boleh bergerak keluar hingga 4 meter dari garisan golnya.

14. Balingan Gol

Balingan ini diberikan apabila
-bola disentuh oleh penjaga gol dan keluar melintasi garisan gol.
-bola diballing keluar melalui garisan gol oleh pemain penyerang.

15. Hukuman Susulan

Hukuman bagi kesalahan yang lebih serius selain daripada memberikan balingan percuma kepada pihak lawan boleh disusuli dengan hukuiman yang lebih berat. Antara hukuman yang boleh diberikan :

-Amaran (Kad Kuning)
-2 minit penggantungan
-Penyingkiran
-Pembatalan


Antara aksi-aksi dalam permainan Bola Baling: 


Peralatan permainan Bola Baling

1. Padang/gelanggang
Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang yang digunakan boleh merupakan gelanggang bersimen atau berarket di dalam dewan yang tertutup. Gelanggang permainan berbentuk segiempat bujur, 40 meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di garisan gol. 
Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh satu garisan tengah. Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan gol yang berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol. Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan gol ialah pertukaran pemain dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah ialah 4.5 cm meter. Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secar jelas dengan ukuran sebenar 5 cm.

2. Bola
Bola yang digunakan dalam permainan bola baling adalah kecil bentuknya daripada bola sepak atau bola jarring tetapi lebih besar daripada bola takraw. Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk setiap kategori pemain adalah seperti berikut:
1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas)
• Bola saiz 3
• Berat antara 426 g hingga 475 g
• Lilitan antara 58 cm sehingga 60 cm
2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga 16 tahun)
• Bola saiz 2
• Berat antara 325 g sehingga 375 g
• Lilitan antaar sehingga 56 cm
3. Remaja perempuan (8 tahun sehingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun sehingga 12 tahun)
• Bola saiz 1
• Berat antara 290 g sehingga 330 g
• Lilitan antara 50 cm sehingga 52 cm
Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan disediakan bagi setiap perlawanan tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di peringkat antarabangsa, hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.

3. Tiang gol
Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri daripada dua batang tiang tegak panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter. Kedua-dua tiang ini disambungkan oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter.
Tiang gol diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan dua warna yang terang. Penjuru pertemuan antara tiang gol dengan palang harus dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28 cm. di bahagian lain tiang gold an palang, panjang warna yang sama adalah 20 cm. gol perlu dipasangkan dengan jarring. Lebar kayu tiang gold an palang ialah 8 cm.

4. Pemain dan pakaian
Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain wanita terdiri daripada baju lengan pendek atau panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but. Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang perlu memakai warna pakaian yang berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya dan pemain pasukan lawan. 
Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada pemain-pemain tidak dibenarkan. Setiap pasukan bola baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain, iaitu 7 orang peamin gelanggang dan 5 pemain simpanan termasuk 2 orang penjaga gol. Pemain-pemain dibenarkan memakai jersi bernombor 1 hingga 20. nombor 1, 12, dan 16 dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk pemain-pemain gelanggang.

5. Kasut

Kasut yang digunakan untuk bola baling adalah mengikut gelanggang yang digunakan. Apabila permainan dijalankan di padang maka kasut yang digunakan adalah jenis boot seperti kasut bola bola sepak. Manakala, sekiranya permainan dilangsungkan di dalam dewan dengan permukaan simen maka kasut yang digunakan adalah jenis licin seperti kasut badminton.

3. MENJARING BOLA


Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu pemain dan penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya dihasilkan, terutamanya jika hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata jumlah gol yang mampu dijaringkan dalam sesuatu permainan bola baling ialah 40 gol. Maka, bola baling merupakan permainan yang banyak menghasilkan gol. 

Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh semua pemain kecuali penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada pada pemain barisan belakang yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol. Manakala pemain-pemain lain lebih bertanggungjawab dalam mengatur dan melaksanakan taktik dan strategi permainan agar bola dapat disampaikan kepada barisan belakang yang akan menjaringkan bola.
Kekuatan, kelajuan ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama yang perlu ada pada pemain bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskan mendapatkan gol. 

PRINSIP – PRINSIP UTAMA
Umumnya, terdapat beberapa prinsip utama dalam kemahiran menjaringkan gol dalam permainan bola baling. Antaranya ialah:

1. Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain.
2. Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh permainan.
3. Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak dilaksanakan.
4. Pemain mengikut lajak.
5. Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu.
6. Pemain cekap menilai ruang kosong dan kedudukan penjaga gol.

JENIS JARINGAN



a) Jaringan dari Atas Kepala Jaringan dari atas kepala ialah jaringan yang biasa dan mudah dilakukan, serta mudah pula untuk mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemain-pemain baru. Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan kedudukan bergerak atau berlari.

Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah:
1. Pemain bergerak satu langkah ke depan.
2. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok.
3. Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang kepala pada aras bahu.
4. Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola diluruskan ke atas kepala dan membalingnya kuat ke arah sasaran.
5. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat hantaran.

b) Jaringan dari Bawah Lengan
Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia boleh dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan tinggi. Kadang-kadang, pertahanan tinggi kurang memberikan perhatian pada kawalan atau pertahanan rendah. Bola selalunya diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan. 

Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti berikut:
1. Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki kanan dibengkokkan sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.
2. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah ke depan dan seterusnya bola dilontar dengan kuat ke sasaran.
3. Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.

c) Jaringan Lompat


Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala, tetapi perkara yang terpenting ialah dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak tiga langkah ke depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia agak sukar dilakukan, terutamanya bagi pemain-pemain baru, namun jika sudah mahir, ia merupakan jaringan yang berbahaya. Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh daripada jaringan ini. Jaringan ini sering dilakukan selepas serangan pantas. Biasanya, jaringan daripada lompatan dibuat apabila posisi bola berada di puncak lompatan.

Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:
1. Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.
2. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala. Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan.
3. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.
4. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.

Kelebihan-kelebihan yang ada pada jaringan lompat adalah seperti berikut:
1. Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat lompatan sendiri boleh mengelirukan penjaga gol.
2. Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas secara memusingkan bahu dan lengannya.
3. Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam gol di celah-celah kaki penjaga gol.
4. Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka mereka sudah tentu mempunyai kelebihan psikologi dan peluang.

d) Jaringan pada Aras Paha
Jaringan ini agak berkesan dalam menghasilkan gol. Namun, ia memerlukan latihan yang lama. Pemain yang menerima bola, memegangnya pada kedudukan aras paha, dan dengan serta-merta terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini amat pantas. Arah tujuan bola daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol atau pemain pertahanan. Cara jaringannya ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold an membengkokkan lututnya sehingga bola berada di bawah lengan lawan. Dengan pantas, pemain ini membuat jaringan yang ditujukan ke sebarang bahagian di bawah palang pintu gol pihak lawan.

e) Jaringan Sisi
Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan pertahanan lawan, penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain yang mengawal. Pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan. Secara tiba-tiba , dia akan mengangkat kaki kanannya, menggerakkan badannya ke kiri dan berdiri pada kaki kiri. Apabila mendarat di sisi, pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan bahunya, membawa bola lebih rendah lalu membuat jaringan di bawah lengan pemain lawan. Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara mengejut.

f) Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh
Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain baru, jaringan junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik, khasnya pada aksi dan gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan balingan percuma. Jaringan dari arah kedua-dua tepi kawasan memerlukan pemain membengkokkan badan supaya dapat membesarkan lagi sudut jaringan.

Teknik melakukan jaringan junam adalah seperti berikut:
1. Pemain berada di luar garisan kawasan gol.
2. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju ke kawasan gol.
3. Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat semasa berada di udara sebelum mendarat.
4. Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau menggulingkan tangan. 

g) Jaringan Penalti 


Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undang-undang penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan balingan. Jaringan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel.

Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:
1. Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan hendaklah fokus pada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal dilakukan.
2. Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.
3. Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan melambung untuk menjaring.
4. Pemain melakukannya mengikut lajak.

h) Jaringan Lambung
Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah bergerak ke depan golnya. Umumnya, terdapat 3 situasi berlakunya keadaan begini, iaitu:
1. Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan sudut pemain lawan daripada lontaran penalti.
2. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang memperoleh bola untuk membuat jaringan.
3. Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan ketika terjadi serangan pantas.

i) Jaringan Voli
 Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat.
Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti berikut:
1. Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran.
2. Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.
3. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat
.

Peralatan permainan bola tampar Bola tampar biasanya dimainkan di gelanggang tertutup seperti gimnasium. Walaubagaimanapun bola tampar d...