Bola tampar biasanya dimainkan di gelanggang tertutup seperti gimnasium. Walaubagaimanapun bola tampar dapat juga dimainkan di gelanggang terbuka, misalnya gelanggang bersimen.
Jaring dipasang betul-betul di atas garisan tengah. Dalam pertandingan peringkat bawah 12 tahun, ketinggian jaring ialah 2.10 meter bagi ketegori lelaki dan perempuan.
Saiz bola tampar sama dengan saiz bola sepak tetapi lebih ringan jika dibandingkan dengan bola sepak. Bola tampar mesti berwarna putih dan diperbuat daripada kulit yang lembut atau campuran plastik dan getah.
Ketika pertandingan setiap pemain dari pasukan yang sama mestilah memakai jersi yang sama warna. jersi dipakai perlulah bernombor di bahagian depan dan belakang. Para pemain juga digalakkan memakai alat pelindung lutut. Alat ini boleh menghindarkan pemain daripada kecederaan ketika bermain. Pilihlah kasut yang sesuai dengan jenis permukaan gelanggang.
Antara aksi menarik dalam bola tampar:
Kemahiran permainan bola tampar
PUKULAN SERVIS
Servis ialah pukulan yang dilakukan selepas mendapat mata atau berjaya mematikan servis di gelanggang lawan. Terdapat pelbagai cara pukulan servis. Sebagai permulaan untuk bermain bola tampar, servis bawah bahu dan servis atas bahu biasa digunakan.
1. Servis bawah bahu
Pukulan servis bawah bahu merupakan servis yang tepat dan mudah dipelajari. Gaya servis ini juga mengelakkan daripada faul servis.
2. Servis atas bahu
Servis atas bahu yang baik boleh menyebabkan pihak lawan tertekan dan sukar untuk memainkan bola. Perlakuan servis atas bahu menyerupai servis dalam permainan tenis.
PUKULAN MENYANGGA
Pukulan menyangga digunakan apabila bola berada di bawah paras mata. Kebanyakan pemain belakang gelanggang menggunakan kemahiran ini sewaktu menerima bola servis atau bola rejaman. Pukulan menyangga dilakukan supaya dapat memainkan bola dengan tangan. Bahagian tangan yang sesuai untuk menyangga ialah antara tangan hingga kesiku. Lutut perlu dibengkokkan untuk mendapatkan kuasa hayunan menyangga dengan baik.
PUKULAN MENGUMPAN
Biasanya pukulan mengumpan dilakukan pada sentuhan bola yang kedua. Kemahiran ini bertujuan untuk memberi peluang rakan sepasukan membuat rejaman. Umpanan dibuat apabila kedudukan bola melepasi paras kepala. Ketepatan masa amat diperlukan semasa melakukan pukulan umpanan. Ini memberi peluang kepada sendi-sendi menyerap dan mengekalkan kelajuan bola.
PUKULAN REJAM
Rejaman ialah memukul bola dengan pantas ke dalam gelanggang lawan. Tujuan rejaman ialah untuk mematikan servis di dalam gelanggag lawan. Cara ini dianggap satu cara menyerang pihak lawan. kemahiran merejam memerlukan lonjakan melebihi paras jaring. Semasa di udara pula, badan perlulah dibengkokkan dan memukul bola.
MENGHADANG
Seperti kemahiran merejam, kemahiran menghadang juga agak sukar dikuasai. Sungguhpun begitu, kemahiran ini juga penting untuk menghadang rejaman. Halangan dilakukan oleh dua orang pemain hadapan dari pasukan yang bertahan. Kedua-dua pemain akan melonjak dan cuba menghalang bola yang direjam dengan kedua-dua belah tangan.
RELI
Bola yang dimulai dengan pukulan servis kadang-kala sukar dimatikan kerana kedua-dua pasukan sukar dimatikan kerana kedua-dua pasukan saling berbalas-balas pukulan. Keadaan ini dinamai reli. Reli berlaku jika kedua-dua pasukan sama handal. Permainan akan bertambah menarik jika berlaku banyak permainan reli.
LATIHAN MENGUMPAN BOLA
1. Mengumpan bola bersendirian
Lambung bola dan cuba menangkapnya pada ketinggian separas dengan dahi. Pastikan jari-jari tangan terbuka ketika menangkap bola. Lambung bola kemudian lakukan pukulan mengumpan. Tangkap bola sekiranya paras bola tidak memungkinkan pukulan mengumpan dibuat. Ulang aktiviti ini beberapa kali.
Lakukan aktiviti mengumpan dan menyangga pada dinding.
2. Mengumpan bola berpasangan
Lakukan aktiviti mengumpan bola dengan rakan. Cuba lakukan umpanan sebanyak yang boleh. Kawal bola agar tidak jatuh ke tanah. Anda boleh menyangga jika tidak sempat membuat umpanan.
Lakukan aktiviti mengumpan dengan rakan pada dinding. Selang-selikan aktiviti ini dengan aktiviti menyangga.
Uji ketepatan umpanan anda. Letakkan lima gelung rotan sebaris. Suruh rakan berdiri pada gelung rotan yang pertama. Anda berdiri sejauh 2 atau 3 meter dari barisan gelung rotan. Buat umpanan ke arah rakan anda. Rakan anda hanya menangkap bola pada paras atas kepala. Selepas hantaran dilakukan, rakan anda berpindah ke gelung rotan kedua. Lakukan aktiviti ini berulang-ulang sehingga ke gelung kelima.
LATIHAN MEREJAM BOLA
1. Merejam bola bersendirian
Gayakan pukulan rejam berulang-ulang tanpa menggunakan bola. Tumpukan latihan ini kepada lonjakan kaki, bengkokkan badan dan hayunkan tangan. Anda juga boleh menggantungkan bola tampar pada ketinggian jaring. Lakukan lonjakan dan pukulan rejam pada bola itu berulang-ulang.
2. Merejam bola berpasangan
Seorang rakan berdiri di atas kerusi dan memegang bola dengan tangan terhulur. Apabila rakan memberi arahan 'lompat' ambil dua atau tiga langkah dan terus melonjak dengan kedua-dua belah kaki. Pukul bola yang berada di tangan rakan. Ulang aktiviti ini beberapa kali. Seterusnya, minta rakan membuat umpanan secara melambung bola atau pukulan umpanan. Anda pula bertindak sebagai perejam bola pada setiap bola yang di umpan. Sebaik-baiknya lakukan aktiviti ini dengan jaring yang sedia terpasang. Ketinggian jaring boleh direndahkan untuk membina keyakinan untuk merejam bola.
LATIHAN MENGHADANG BOLA
1. Menghadang sendirian
Lakukan lonjakkan menegak dan sentuh jaring bola keranjang dengan kedua-dua belah tangan. Tolak sedikit jaring ke hadapan. Lakukan aktiviti ini berulang-ulang.
2. Menghadang berpasangan
Berdiri berhadapan rakan dengan jaring berada di tengah-tengah. Lakukan lonjakkan menegak serentak dengan rakan. Cuba tepuk tangan rakan dengan kedua-dua belah tangan. Lakukan berulang-ulang di sepanjang jaring.
Dalam aktiviti yang berikut, seorang rakan merejam bola dan anda cuba menghadang bola yang direjam itu.
Latihan permainan bola tampar
LATIHAN MELAKUKAN SERVIS
1. Servis bola lantun
Pegang bola dengan tangan kiri pada ketinggian paras dada. Lepaskan bola supaya jatuh ke gelanggang. Pukul bola secara servis bawah apabila bola melantun melepasi ketinggian pinggang. Tetapkan sasaran bola secara berperingkat-peringkat. Mulakan memukul bola sehingga zon serangan. Kemudian cuba membuat servis bola lantun sehingga terkena jaring. Akhir sekali pukul bola melepasi jaring.
2. Servis atas bahu tanpa bola
Cuba gayakan servis atas tangan tanpa bola berulang-ulang kali. Suruh rakan melihat perlakuan anda. Ketika melakukan aktiviti ini tekankan pemindahan berat badan, bengkokkan badan dan hayunkan tangan.
3. Servis ke dinding
Tandakan pada dinding garisan melintang yang mempunyai ketinggian dua meter, dua meter setengah dan tiga meter. Berdiri sejauh lima meter dari dinding. Lakukan servis secara pukulan atas bahu ke dinding. Arahkan sasaran secara berperingkat-peringkat. Ulangi pukulan sebanyak lima kali pada setiap sasaran.
LATIHAN PUKULAN SANGGA
1. Menyangga sendirian
Lambung bola dan terus sangga. Ulang beberapa kali sehingga yakin boleh melakukan aktiviti menyangga. Seterusnya lambung bola tinggi dan cuba sangga semasa bola turun. Uji sejauh mana anda boleh mengelakkan bola jatuh ke tanah. Lakukan aktiviti menyangga bola ke dinding berulang-ulang. Pastikan selepas sahaja memukul bola, tetapkan kedudukan badan untuk melakukan sanggaan yang baik.
2. Menyangga berpasangan
Lakukan aktiviti menyangga dengan rakan. Bola disangga ke dinding. Untuk memudahkan aktiviti ini, biar bola melantun terlebih dahulu sebelum disangga bergilir-gilir. Seterusnya lakukan sanggaan berpasangan ke dinding tanpa jatuhkan bola ke tanah.
Peraturan Asas Permainan Bola Tampar PERATURAN AM
Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut peraturan bola tampar rasmi FIVB.
MENARIK DIRI
Setiap pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari sebarang perlawanan. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan adalah dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan dan tidak dibenarkan menyertai pertandingan seterusnya.
PEMBATALAN (WALK OVER)
Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan bermula. Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa memberi alasan yang munasabah adalah dianggap memberi kemenangan tanpa bertanding kepada pihak lawan.
FORMAT KIRAAN MATA
Perlawanan akan dijalankan dalam 5 set permainan untuk setiap perlawanan di mana pasukan yang memenangi 3 set terdahulu daripada 5 set dikira memenangi perlawanan. Bagi setiap perlawanan, kiraan mata penamat ialah 25 dengan kelebihan sekurang-kurangnya 2 mata. Di dalam kes 24-24 tie, permainan diteruskan sehingga 2 mata dicapai sebagai contoh (26-24/27-25). Bagi setiap perlawanan yang berlarutan sehingga set ke 5, mata penamatnya adalah 15 mata dengan kelebihan sekurang-kurangnya 2 mata. Berikut adalah sistem pemberian mata:
• MENANG = 3 MATA • KALAH = 0 MATA
Sekiranya pada akhir perlawanan pusingan awal terdapat (2) atau lebih pasukan yang mempunyai mata yang sama, maka cara menentukan kedudukan akan dibuat mengikut bilangan set kemenangan tertinggi sepanjang kejohanan.
PAKAIAN
Setiap pasukan hendaklah memakai pakaian seragam iaitu baju jersi dan seluar sukan. Setiap pasukan perlu menyediakan 2 set jersi yang berlainan warna dan mempunyai nombor dibahagian depan dan belakang yang sesuai untuk pertandingan bola tampar. Pasukan yang tidak memakai pakaian seragam tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
PENANGGUHAN PERLAWANAN
Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan atau berlaku masalah teknikal, maka pengadil akan menunda dengan persetujuan Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Pihak Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan akan menetapkan semula perlawanan yang telah tertangguh. Kiraan mata dari perlawanan yang tertangguh akan dibawa ke perlawanan sambungan.
PERKARA-PERKARA AM
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan mempunyai hak untuk mengambil sebarang keputusan jika timbul kemusykilan dalam kejohanan ini seandainya tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan dan keputusan adalah muktamad. Ahli-ahli sesuatu pasukan yang dibenarkan menduduki atas bangku pemain pengganti yang disediakan pada masa perlawanan adalah seperti berikut:
1. Pengurus Pasukan 2. Jurulatih 3. 4 orang pemain simpanan
Bola tampar merupakan satu sukan/permainan di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan. Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul.
Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Hal ini kerana banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat setinggi yang boleh amat ditekankan dalam permainan ini. Faktor fizikal pemain juga memberikan impak positif seperti mempunyai ketinggian yang baik.
Contoh permainan bola tampar:
Permainan bola tampar merupakan permainan yang sangat menarik untuk dimainkan mahupun ditonton. Saya amat meminati dan suka bermain permainan bola tampar ini walaupun tidaklah sehingga ke peringkat tinggi. Saya bermain bola tampar ketika di sekolah menengah tetapi tidak berpeluang untuk mewakili sekolah kerana ramai pesaing yang lebih hebat.
Walau bagaimanapun, saya terus bermain kerana minat saya namun tidaklah sehebat pemain profesional. Permainan ini memerlukan kekuatan terutamanya pada bahagian tangan. Permainan ini juga banyak melakukan lompatan untuk merejam bola ataupun dipanggil 'spike'. Permainan ini dimainkan oleh lelaki dan juga wanita.
Monday, 1 May 2017
PERATURAN PERMAINAN
1. Bilangan pemain
Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, 6 orang pemain
gelanggang dan seorang penjaga gol akan berada di dalam gelanggang.
Pengganti-pengganti boleh menggantikan pemain di dalam gelanggang pada
bila-bila masa dengan syarat pemain di dalam gelanggang keluar terlebih dahulu
sebelum pemain pengganti masuk.
2. Pengadil
Seorang pengadil gelanggang dan seorang pengadil gol akan bertugas dan
keputusan mereka adalah muktamad. Pengadil-pengadil ini akan dibantu oleh
seorang penjaga masa dan seorang pencatat.
3. Tempoh Permainan
Bagi kumpulan lelaki 12 tahun ke atas, 7 minit setiap separuh masa dengan 1
minit rehat. Bagi semua kumpulan umur 18 tahun ke bawah (lelaki dan perempuan),
20 minit setiap separuh masa dengan 10 minit rehat. Masa permainan hanya akan
di hentikan atas perintah pengadil. Pasukan akan bertukar gelanggang bagi
setiap separuh masa.
4. Permainan Pasif
Adalah menjadi satu kesalahan jika pasukan memainkan bola dalam keadaan pasif.
‘PASIF’ bermaksud bermain tanpa mempunyai niat untuk menyerang atau
menjaringkan gol terutamanya setelah pasukan tersebut mendahului pasukan lawan.
5. Memulakan Permainan
Ia dimulakan oleh pasukan yang memilih untuk memulakan permainan setelah menang
dalam mementing syiling oleh pengadil. Kedua-dua pasukan mestilah berada di
dalam kawasan sendiri. Pasukan lawan harus berada pada jarak 3 meter dari
pemain yang memegang bola dan pemain ini mestilah memijak garisan tengah.
Permainan bermula dengan tiupan wisel pengadil gelanggang.
6. Jaringan Gol
Gol dikira apabila keseluruhan bola melepasi garisan gol di antara dua tiang
gol. Gol-gol boleh dijaringkan dari mana-mana jenis balingan kecuali balingan
referi.
7. Memainkan Bola
a) Pemain dibenarkan : -Mengambil 3 langkah dengan bola. -Memegang bola maksimum 3 saat. -Menggelecek. -Menjunam untuk mendapatkan bola.
b) Pemain tidak dibenarkan : -Membahayakan pihak lawan dengan atau tanpa bola. -Merampas, memukul, meragut atau menumbuk bola dari kawalan pihak lawan. -Menggunakan bahagian anggota di bawah lutut.
8. Menghadang Pihak Lawan
Pemain boleh menggunakan badan untuk menghadang pihak lawan samada dengan atau
tanpa bola. Tetapi pemain tidak dibenarkan menggunakan tangan atau kaki untuk
merampas, memukul, meragut atau menumbuk bola dari kawalan pihak lawan. Pemain
juga tidak dibenarkan merempuh pemain pertahanan semasa membuat jaringan.
9. Balingan ke Dalam
Balingan ini diberikan apabila bola terkeluar dari garisan tepi samada di tanah
atau di udara yang disentuh oleh pihak lawan. Pemain yang mengambil balingan
ini mestilah diambil dari tempat di mana bola itu keluar dengan
sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak garisan tepi. Pemain lawan mestilah
berada pada jarak 3 meter dari pembaling.
10. Balingan ke dalam di sudut
Balingan ini diberikan apabila bola disentuh oleh pemain pertahanan dan keluar
melintasi garisan gol. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah berada di
sudut garisan gol dan garisan tepi dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki
memijak garisan tepi. Pemain lawan mestilah berada pada jarak 3 meter dari
pembaling.
11. Balingan Pengadil
Ia diberikan apabila : -Kesalahan berlaku serentak oleh kedua-dua pasukan. -Bola direbut oleh kedua-dua pemain.
12. Balingan Percuma
Balingan ini diberikan bagi sebarang kesalahan yang ringan. Balingan diambil
dari tempat di mana kawasan itu berlaku kecuali
-Bila kesalahan berlaku di dalam kawasan 9 meter – balingan dibuat di luar
garisan 9 meter. Semua pemain penyerang berada di luar garisan 9 meter sebelum
bola dimainkan.
-Bila berlaku kesalahan penggantian – Balingan dilakukan di kawasan
penggantian atau di tempat bola dimatikan oleh pengadil semasa menyerang.(mana-mana
yang memberi kelebihan kepada pihak lawan).
-Kesalahan yang dilakukan di dalam kawasan gol - balingan dibuat di luar
garisan 9 meter.
-Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol sendiri dan bola
tersebut mati di dalam kawasan gol tanpa disentuh oleh penjaga gol.
Balingan ini diambil dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak tanah atau
gelanggang semasa membuat balingan. Pemain lawan berada pada jarak 3 meter
sebelum balingan dilakukan.
13. Balingan 7 meter (penalti)
Balingan ini diberikan apabila
-Peluang keemasan menjaring gol dimusnahkan oleh pemain pertahanan.
-Penjaga gol membawa masuk bola ke dalam kawasan 6 meter.
-Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol sendiri dan bola
tersebut disentuh oleh penjaga gol.
Semua pemain mesti berada di luar garisan 9 meter. Pemain yang mengambil
balingan 7 meter ini tidak dibenarkan memijak garisan balingan semasa balingan
dilakukan. Penjaga gol boleh bergerak keluar hingga 4 meter dari garisan golnya.
14. Balingan Gol
Balingan ini diberikan apabila
-bola disentuh oleh penjaga gol dan keluar melintasi garisan gol.
-bola diballing keluar melalui garisan gol oleh pemain penyerang.
15. Hukuman Susulan
Hukuman bagi kesalahan yang lebih serius selain daripada memberikan balingan
percuma kepada pihak lawan boleh disusuli dengan hukuiman yang lebih berat.
Antara hukuman yang boleh diberikan :